How to....

Bagaimana perasaan bila kita menghadapi situasi diatas terase menusuk dikalbu sambil mulut terkumat kamit menjampi sumpah seranah bagi sesetengah pemancing umpan layang ada juga berkerut wajah menahan rasa sesalan kerana cuba mengingati dimana salahnya ketika sedang melayangkan umpan tadi!!! Begitulah juga aku ketika waktu itu yang sedang memikirkan dimana silapnya aku ketika itu. Baru lah aku mengerti betapa aku masih lagi kurang ilmu dan asas pancing layang. Kepada rakan rakan disana yang mahu mencuba dan belajar pancing layang dimohon belajar dari yang mahir dalam pancing layang dan ikuti lah secara asas yang betul di atas padang sebelum melayang umpan di air. Nasihat ini aku bgtau setelah aku patah rod tip rod redington wt5 crosswater. Ya aku tahu ramai yang mengatakan pancing layang ini sukar dan meletihkan dan ada juga yang menyatakan unik dan sebagainya. Tak perlu aku perjelaskan lagi pelbagai persepsi yang dibawangkan sehingga ke hari ini. Jika dah minat pancing layang apa kata jika kita belajar. tak salah pun jika kita belajar kerana kita mulakan segala apa jua kaedah memancing pun kene belajar juga dan berkongsi pengalaman bersama. Langkah pertama perlu lah ada minat terhadap pancing layang ini. Ada kekentalan dalam jiwa untuk belajar. Cari ilmu bukan setakat baca google dan tanya saja sebaik baiknya ada guru atau mentor yang membantu. Rakan rakan yang tahu bagaimana nak mengajar. Tak susah jika mahu belajar sekarang ni ramai je yang dah tau pancing layang. Pilihan yang sesuai ikut yang dicadangkan oleh rakan rakan ialah wt5. Jap wt tu apa? Kan aduih apa pulak tu? Apa beza wt dgn lbs plak? Pelik pelik betoi dah la rod 4 sambungan la 9 kaki pulak. Apsal tali dia gedabak tak macam tali pancing biasa? Ini semua soalan soalan yang sama bermain difikiran hampir setiap orang yang baru nak belajar pancing layang nieh. Akan aku utarakan lagi persoalan persoalan yang bermain difikiran kita semua yang baru nak meceburi atau menjebakkan diri dalam dunia pancing layang.

Comments