Posts

Showing posts from March, 2020

FLY FISHING BASIC

Asas Fly Fishing untuk Pemula: Panduan Lengkap dari Zero hingga Boleh Memancing Fly fishing ialah satu teknik memancing yang unik kerana kita tidak bergantung pada berat gewang untuk membuat balingan. Sebaliknya, kita menggunakan berat khas pada fly line untuk membawa umpan tiruan yang dikenali sebagai artificial fly ke sasaran. Bagi pemancing yang biasa menggunakan spinning atau baitcasting, fly fishing mungkin kelihatan agak sukar pada permulaan. Namun, apabila memahami fungsi setiap peralatan dan menguasai teknik asas casting, pengalaman ini boleh menjadi sangat menyeronokkan. Dalam panduan Arnshahz Outdoors ini, kita akan belajar asas fly fishing, pemilihan peralatan, teknik balingan, jenis fly dan cara memulakan sesi memancing di Malaysia. 1. Apakah Fly Fishing? Fly fishing ialah kaedah memancing menggunakan umpan tiruan ringan yang menyerupai serangga, larva, ikan kecil atau organisma air lain. Umpan ini dipanggil fly dan biasanya dibuat daripada bahan seperti ...

How to....

Image
Bagaimana perasaan bila kita menghadapi situasi diatas terase menusuk dikalbu sambil mulut terkumat kamit menjampi sumpah seranah bagi sesetengah pemancing umpan layang ada juga berkerut wajah menahan rasa sesalan kerana cuba mengingati dimana salahnya ketika sedang melayangkan umpan tadi!!! Begitulah juga aku ketika waktu itu yang sedang memikirkan dimana silapnya aku ketika itu. Baru lah aku mengerti betapa aku masih lagi kurang ilmu dan asas pancing layang. Kepada rakan rakan disana yang mahu mencuba dan belajar pancing layang dimohon belajar dari yang mahir dalam pancing layang dan ikuti lah secara asas yang betul di atas padang sebelum melayang umpan di air. Nasihat ini aku bgtau setelah aku patah rod tip rod redington wt5 crosswater. Ya aku tahu ramai yang mengatakan pancing layang ini sukar dan meletihkan dan ada juga yang menyatakan unik dan sebagainya. Tak perlu aku perjelaskan lagi pelbagai persepsi yang dibawangkan sehingga ke hari ini. Jika dah minat pancing layang apa ka...

Fresh Water Fly Fishing

Image
Ramai yang telah memancing pancing layang @fly fishing di negara ini akan tetapi perkongsian ilmu yang sangat kurang kerana masih ramai yang beranggapan negatif terhadap salah satu kategori sukan memancing ini. disini saya perlu nyatakan bahawa pancing layang @ fly fishing ini juga mempunyai tarikan yang tersendiri dan memerlukan kesabaran seperti rakan rakan yang memancing layang pernah berkata. aku memang mengakui setiap perkara atau benda yang baru kita perlu belajar dan banyak bersabar. kepada insan insan atau individu untuk belajar boleh menghubungi kami atau pun boleh membuat carian di media sosial seperti facebook,twitter,instagram dan lain lain media sosial yang ada sekarang. tidak perlu malu atau segan untuk belajar. sebarang pertanyaan kita akan bantu jawab. ramai yang mengatakan sukar untuk memancing layang @ fly fishing ini padahalnya tidaklah sesukar manapun jika ada kemahuan pastinya ada jalan. marilah kita sama sama belajar sukan memancing yang unik ini. kita juga...

Tying Flies

Image
Asas mengikat dan jenis jenis paten umpan @flies Diruangan ini kita akan membicarakan mengenai asas mengikat umpan pancing layang dan juga jenis jenis umpan @flies yang biasa digunakan semasa memancing layang samaada di laut ataupun di sungai, tasik, kolam dan muara. Jenis jenis umpan pancing layang yang digunakan ialah meniru rupa serangga, hidupan akuatik dalam sungai, tasik, muara dan laut. Haiwan kecil dan lain lain bentuk juga. ada juga jenis umpan yang direka tidak menyerupai serangga atau hidupan akuatik tapi berjaya untuk menarik perhatian ikan yang dipancing. terma terma yang digunakan ialah imitasi,penarik dan terestrial (imitation,attractor and terrestrial) ini adalah asas bagi setiap kategori asas bagi umpan yang dibuat. jenis jenis umpan pula dipanggil nymph,midge, dry fly, wet fly, terrestrial, baitfish, popper dan banyak lagi jenis jeni umpan yang telah dicipta sepanjang sejarah pancing Layang @fly fishing. Ada umpan tradisional dan umpan moden. perbezaan umpan trad...

Giant grouper on fly fishing (part 3)

Image
Mencuba menarik Ikan Kerapu Hybrid menggunakan wt12.percubaan ini dilakukan di Kolam Tiger Five changkat Keruing Perak. mencuba kekuatan kerapu saiz puluhan kilo. Aku menggunakan wt12 setup.

Learning part 1

Image
belajar memandu bot sebagai salah satu keperluan dan kemahiran untuk mendapatkan lebih pengalaman, pada aku pengalaman dan kemahiran serta pembelajaran dalam pancing layang ini sentiasa berkembang. apa yang aku tahu masih jauh lagi perjalanan untuk belajar, sentiasa ada ruang untuk belajar dan tak perlu malu untuk bertanya.

Saltwater fly fishing teasing moments

Image
sedikit kenangan ketika memancing layang di laut. jika diceritakan tentang mabuk laut juga anda semua mungkin la sembang panjang tapi jika ada kemahuan pastinya ada jalan untuk mengatasinya. pendapat aku sebagai pemancing layang yang biasa.

Pendapat Aku Mengenai Pancing Layang Di Laut.

Kegamaran memancing layang di laut sangat menggiurkan mencabar dan most rewarding moments bila kita sendiri merasainya. ramai yang berkata sangat mahal bila kita memancing layang di laut. sebenarnya tidak juga sama sahaja kita memancing didaratan. terpulang pada diri sendiri jika ingin melakukan sesuatu yang penting kita sendiri yang menentukan kehendak kita dan bagaimana ingin mendapatkan kepuasan yang dicari. jika ingin memancing layang di laut aku boleh bantu bersama sama rakan pancing layang yang telah lama menamcing layang dilaut. jika ada kemahuan pasti ada jalannya. aku selitkan sedikit teaser untuk anda semua.  https://youtu.be/hSHIe2fijys

Santai santai Pancing Layang di Muara

Image
Santai santai pulak boleh ikan bulan dan sumpit. Sesi naik bot adalah kegemaran aku dari dulu lagi. Walaupun landbased itu biasa tarikan untuk naik bot lebih menggiurkan hahaha.