Tying Flies

Diruangan ini kita akan membicarakan mengenai asas mengikat umpan pancing layang dan juga jenis jenis umpan @flies yang biasa digunakan semasa memancing layang samaada di laut ataupun di sungai, tasik, kolam dan muara. Jenis jenis umpan pancing layang yang digunakan ialah meniru rupa serangga, hidupan akuatik dalam sungai, tasik, muara dan laut. Haiwan kecil dan lain lain bentuk juga. ada juga jenis umpan yang direka tidak menyerupai serangga atau hidupan akuatik tapi berjaya untuk menarik perhatian ikan yang dipancing. terma terma yang digunakan ialah imitasi,penarik dan terestrial (imitation,attractor and terrestrial) ini adalah asas bagi setiap kategori asas bagi umpan yang dibuat. jenis jenis umpan pula dipanggil nymph,midge, dry fly, wet fly, terrestrial, baitfish, popper dan banyak lagi jenis jeni umpan yang telah dicipta sepanjang sejarah pancing Layang @fly fishing. Ada umpan tradisional dan umpan moden. perbezaan umpan tradisional dan moden ialah dari segi bahan yang digunakan dan juga paten yang dibuat. ada beribu paten umpan yang dihasilkan dan kita boleh belajar asas mengikat umpan dari paten paten yang sedia ada. kita akan tambah setiap jenis ikatan disini dan cara ikatan serta bahan material yang digunakan. Semoga dapat memanfaatkan ruangan ini utk kita semua.

Comments